|
Pelawat |
 | Today | 25 |  | Yesterday | 72 |  | This week | 349 |  | This month | 649 |  | All | 34146 |
|
|
|
SELAMAT DATANG KE PORTAL SK.SUNGAI BUMBUN (ASLI)
|
Written by nana
|
|
Friday, 15 January 2010 |
|
Kandungan menarik, saiz lebih kecil mulai persekolahan 2011
JAWATANKUASA Inovasi Buku Teks akan membuat pembaharuan bagi memperkemaskan bentuk fizikal buku teks, termasuk mengurangkan saiz hingga 20 peratus berbanding sekarang.
Pengarah Bahagian Buku Teks (BBT), Mohd Adenan Deraman, berkata pembaharuan itu membabitkan buku teks cetakan baru berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula sesi persekolahan 2011. Sila tekan butang 'Read More' untuk berita selanjutnya. |
|
Last Updated ( Friday, 15 January 2010 )
|
|
Read more...
|
|
13,000 guru Bahasa Inggeris diperlukan |
|
|
|
|
Written by nana
|
|
Thursday, 14 January 2010 |
|
KUDAT 12 Jan. - Kira-kira 13,000 guru Bahasa Inggeris diperlukan bagi menampung kekurangan di sekolah seluruh negara yang kini berada pada tahap mendesak. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tenaga pengajar dalam bahasa tersebut amat diperlukan bagi memastikan pencapaian dalam subjek itu tidak terjejas. "Kementerian mendapati masalah kekurangan guru bahasa Inggeris begitu kritikal sekali malah hingga menjejaskan prestasi pelajar terutama di kawasan luar bandar," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat beberapa sekolah di Pulau Banggi yang memakan masa kira-kira sejam perjalanan dengan bot dari sini hari ini. Katanya, antara punca utama kekurangan itu disebabkan keengganan guru yang mengajar bahasa tersebut untuk bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sehubungan itu katanya, sebagai langkah segera mengatasi masalah tersebut, kementerian merancang mengambil 300 tenaga pengajar dari luar negara untuk melatih guru-guru tempatan mengajar subjek tersebut. Dalam pada itu, beliau mengakui menerima banyak aduan daripada lulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang masih belum diserapkan sebagai guru oleh Kementerian Pelajaran. Jelas Mohd. Puad, pihak kementerian memberi jaminan akan menyelesaikan masalah mereka yang berkelulusan sarjana muda pendidikan itu secepat mungkin. |
|
Last Updated ( Friday, 15 January 2010 )
|
|
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan Pustakawan Sekolah 2010 |
|
|
|
|
Written by nana
|
|
Monday, 11 January 2010 |
|
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan Pustakawan Sekolah 2010 telah diadakan pada 11.1.2010. Penyampaian Watikah tersebut disempurnakan oleh Guru Besar SK Sungai Bumbun (A) iaitu En. Hamzah bin Hariffin. Dengan penerimaan watikah tersebut maka dengan rasminya pengawas dan pustakawan SK Sungai Bumbun (A) dilantik. Diharap pengawas dan pustakawan sekolah ini akan berkhidmat dan berbakti dengan penuh setia. Ketua Pengawas : Yuhamizan bin Yohan Ketua Pustakawan : Shazmira bt. Ramli
Penyerahan watikah perlantikan pengawas dan tanda nama oleh Guru Besar. Sila click button read more untuk gambar selanjutnya. |
|
Last Updated ( Thursday, 14 January 2010 )
|
|
Read more...
|
|
Written by nana
|
|
Friday, 08 January 2010 |
PUTRAJAYA: Mulai tahun ini, semua murid Tahun Satu akan menjalani ujian khusus selepas dua bulan memulakan persekolahan bagi menguji tahap penguasaan dalam menulis, membaca dan mengira (3M) selaras dengan pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (Linus).
|
|
Last Updated ( Monday, 11 January 2010 )
|
|
Read more...
|
|
Orientasi Murid Tahun 1-2010 |
|
|
|
|
Written by nana
|
|
Friday, 08 January 2010 |
|
Orientasi murid-murid tahun 1 telah diadakan selama 2 minggu. Seramai 28 orang murid telah mendaftar di SK Sungai Bumbun (A). 
Murid-murid telah dibawa mengelilingi sekolah. |
|
Last Updated ( Friday, 08 January 2010 )
|
| |
|
|
Berita Semasa |
|
|
|
|
Kalender |
| Rabiul Awal |
27
Sabtu
|
| 1431 HIJRAH |
|
|
Halal Check Up |
|
|
Mp3 Player |
|
|